Advokasi KDB dan Kelas Asas ICT (Pengurusan Maklumat)
6 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 5 Julai 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Advokasi KDB dan Kelas Asas ICT (pengurusan maklumat). Kelas ini dijalankan bagi membimbing para pelajar mencari maklumat yang betul di dalam Internet mengenai Covid-19. Dalam kelas ini, para pelajar diajar cara untuk mencari dan membezakan maklumat-maklumat yang betul dan salah dan menyenaraikan maklumat berikut di Microsoft Word. Kelas ini disertai oleh 3 orang pelajar sekolah dan berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: